Purple Licious
Your cbox here. Width: 260px. Height 120px. :)

6 Efisyen 2010.

Monday 17 June 2013 | 08:27 | 0 ♥
Assaalamualaikum buat para tatapan. Jom baca seloka 6Efisyen. Hehe. Ni Yana buat, time darjah 6 dulu. Sedihnyaaaaaaaaa. Jom :')
Bismillahhirrahmanirahim.


Assalammuaikum kami mulakan,
Buat tatapan para pembaca,
Ingin sekali kami katakan,
Buat warga SK TAMAN RIA

Jom ke blok Wawasan kita pi serang,
Kelas 6Efisyen pelajarnya periang,
Pn Barishah guru kelas kita orang,
Comel orangnya,senang dipandang

Faisal Alimi nama diberi,
Tugasnya 'monitor' di kelas kami,
Orang bising,dia tak peduli,
Mana taknya,dia join sekaki

'Assistant kami,Noor Syazwani,
Keropok mony,gelaran diberi,
Buat garang tapi tak menjadi,
Nak tiru gaya guru displin kami

Aimi Annisa,tugasnya 'bendahari'
Kutip duit setiap hari,
'Bila hampa nak bayar ni?',
kalau melenting,semua buat tak reti,

Pelawak kami tentulah ada,
selalu buat kami ketawa,
Mohd Syukri empunya nama,
Jika tiada sunyilah 'istana,

Najia Idrina nama diberi,
Murid alim kelas kami,
Bersopan santun berbudi pekerti,
Membuat latihan rajin sekali

Ilyana dan Syahirah selalu bersama,
Setiap masa bersembang kerja depa, 
Pantang sekejap cikgu tiada,
Kalau bercerita,tak ingat dunia

Mohd Aiman empunya nama,
Bila dipuji kembangnya pasti,
Kalau anda tidak percaya,
Operatelah dada,x-raylah hati

Hitam manis itulah dia,
Bila ditanya diam sahaja,
Afiq Azizi empunya nama,
Bila gagal,dialah gabra

Amirah Balqis empunya 'story'
Kalau menjerit nyaring sekali,
Berkawan baik dengan Farahani,
Kalau tak ada dia,tak sah hidup kami

Cakap sediri tak ingat dunia,
Kekadang buat cikgu sakit hati,
Kalau pelajaran janganlah dok tanya,
Dialah Fitrah nama diberi

Hamizan jejaka perasan,
Tengok kasut terasa nak pengsan,
Silap-silap hari bulan,
Dia yang jatuh pengsan

Amirul dan Shafiq kuat bersembang,
Bersembang dengan Nadzim dan Fikri,
Firdaus (K.A) juga join di belakang,
Ketawa sampai lupa diri

Nak kata hensem taklah juga,
Amirul Amer itulah gerangannya,
Firdaus (R) dan Abu itulah kawan baiknya,
Kesian kat Mathen tak dilayan mereka

Faizul Iman nama dalam 'IC',
Ipin pula gelaran diberi,
Berangan pula tak henti-henti,
Kesian asyik kena buli

Sentiasa ceria happy orangnya,
Dalam kelas gelak sentiasa,
Kalau nak tahu siapakah dia,
Itulah Idzni namanya

Orangnya kecil si cili padi,
Itulah Syasya nama diberi,
Suaranya 'high' riuh sekali,
Tapi sayang tak cukup inci

Mohd Faris empunya 'story'
Berkawan baik dengan Syukri,
Bila senyum asyik dok tayang gigi,
Nak belajar ka,nak buat bisnes jual ubat gigi

Cukup sudah coretan hari ini,
Kalau nak tulis banyak lagi,
Setakat ini yang saya boleh isi,
Salah silap harap dimaafi

Rasanya cukup selesailah juga,
Jari disusun tirai ditutup,
Nak minta maaf pun kena berjaga-jaga,
Tersilap cakap aku tak sanggup

Ampun dan maaf saya pohonkan,
Kot terkena buat-buat tak perasan,
Bukan apa-apa,sekadar hiburan,
Bila lagi nak kenakan kawan.

Nikmat Bersyukur :)

Sunday 27 January 2013 | 07:03 | 0 ♥

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Entri kali ni tajuk BERSYUKURLAH! NESCAYA BERTAMBAH REZEKIMU!!

Andaiku hitung
segala nikmatMu,
pastiku sedar
kemurahanMu.
Andaiku ukur kesihatan
tubuhku,pastiku sedar
untungnya diriku.
Andaiku sedar segala
pemberianMu,pastiku
syukur tanpa rasa
JEMU.....

Sesungguhnya tiada yang memberi, melainkan Allah dan tiada pula rasa bersyukur melainkan kepada Allah. Sempena awal tahun baru ini, sma sama kita sedari betapa banyaknya rezeki yang telah Allah limpahkan kepada kita selama ini. Masihkah kita tidak sedar?!
Mudah-mudahan setiap nikmat yang kita syukuri, ditambah lagi dan sentiasa diberkati.
Sebagai hamba Allah, kita wajib mensyukuri segala nikmat yang diberikan. Sama ada nikmat yang Alllah kurniakan berbentuk ringgit mahupun harta kekayaan,rumah,kenderaan dan bermacam macam lagi. Kesemua merupakan nikmat Allah SWT yang tiada ternilai nikmatnya. Justeru, bersyukurlah kepada Allah daripada sekecil kecil nikmat. Sehinggalah sebesar besar nikmat.

Perintah Untuk Bersyukur
Di dalam Al-Quran, Allah SWT memerintahkan hamba hambaNya agar bersyukur kepadaNya. Perkara ini dapati dilihat menerusi firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 152 yang bermaksud: 
OLEH ITU, INGATLAH KAMU KEPADA-KU, NESCAYA AKU INGAT KEPADAmu. DAN BERSYUKURLAH KAMU KEPADA-KU DAN JANGANLAH KAMU KUFUR (AKAN NIKMAT-KU)
Menurut Imam Ibnu Jarir al-Tabarani di dalam kitabnya berjudul Jami' al-Bayan fi Tawil al-Quran berkenaan ayat ini, Allah SWT memerintahkan orang orang yang beriman bersyukur kepada-Nya. Terutamanya, di atas nikmat Islam yang telah dianugerahkan kepada mereka. Begitu jugalah dgn nikmat HIDAYAH DAN AGAMA sebagaimana Allah SWT kurniakan kepada para nabi dan kekasih-Nya

Kelebihan Bersyukur
Dengan bersyukur, Allah SWT berjanji akan menambah dan menyempurnakan segala nikmat yang pernah diberikan selama ini. Bukan itu sahaja, bahkan Allah akan member hidayah dan keredhaan kepada mereka. Demikianlah hebatnya sifat bersyukur, nikmat di dunia Allah kurniakan keredhan di akhirat Allah sediakan, hidup di dunia pasti menyenangkan, hidup di akhirat pasti membahagiakan. Insha Allah :’)
Mudah mudahan…………



Sumber- BUKU..........

Wednesday 16 January 2013 | 07:13 | 0 ♥
ASSALAMUALAIKUM. HERE I WANNA SHOW MY OTHER HALF













05:11 | 0 ♥

Bismillahhirahmanirahim. Apa khabar semuanya? Maaf lambat update. Agak busy. aherher. Busy? Macam tak je. hmm hmm. hehehehe. Macam mana dengan AZAM tahun baru korang semua? Istiqamah ke idok ni? Moga beristiqamah lah ye ^-^ Niat keranaNya tauu. 

Hmm, Alhamdulillah dalam masa persekolahan ni semuanya okay. Tapi kena bangun awal. hmm, mengantuk tu jangan tanyalah kann. Hari demi hari banyak ujian, dugaan yang aku tempuhi. Allahurabbi. Kadang aku rasa lemah. Rasa macam nak jatuh. Tapi aku fikir. Allah ada. Aku kena kuat. YaAllah. Sesungguhnya aku tahu ujianMu itu sangat bermakna bagiku. Ujilah aku mengikut kemampuanku ya Allah. Ada yang mula jauahkan diri daripada aku. Hmm, perkara biasa bagi aku. Allah Maha Adil. Dia tahu apa yang dia buat. Perancangan dia lagi bagus dari kita kan? Aherher. Aku juga nak minta maaf kalau dalam aku sampaikan DAIE agak kasar dulu. Manusia takpernah lari dari membuat kesilapan. Maafkan aku yee :'(((

Aku juga nak tegur sikit dalam bab aurat ni. Awak,awak dan awak yang cantik dan comel tu, sini kejap. hehehe.
Awak, tahu tak kalau awak pakai tudung comel sangat macam ni


Awak juga tetap boleh berfesyen tapi janganlah BERTABARUJJ. Okay? Cuba slow by slow. Lama lama mesti taknak tinggal tudung tu ^-^
Awk pun tahu yang tutup aurat tu wajib kan? aherher. Dunia ni tempat kita mengerjakan ibadat bukan berseronok sepanjang masa kann? hehe. Atleast kita dah ikut perintah Allah. Solat jangan tinggal. Walau sakit sekalipun. Solat tu wajib, Tiang agama. Tak solat maka runtuhlah agama kita, Nak ke? Taknak kan sayang? Cari sahabat yang boleh bimbing kita ke jalan Allah. sentiasa nasihat kita ke jalan yang lurus.


Sama sama mengingatkan. Barulah "SAHABAT UNTIL JANNAH" kann? Bila dah mula bertudung. Sempurnakan aurat dia tanganmu dan kaki mu. Cuba pakai handsocks dgn stokin. Serious selesa. Cubalah. Terlindung dari cahaya matahari. Tudung biarlah menutupi dada. Tauu sayang? Cuba istiqamah pelan pelan. Jangan terlalu mendadak, takut jadi yang lama balik. Nauzubillah.

Kadang kadang aku menginginkan seorang sahabat yang sentiasa mendoakan aku. Mendoakan penghijrahan aku berkekalan. Setiap hari aku fikirkan benda yang sama. Sampaikan tengah belajar pun aku fikir. Allahu. Ada satu hari tu sampai menangis. Takut takada yang mendoakan aku :'(
Aku tak kuat tanpa doa doa sahabatku. Tapi aku taktahu ada atau tak doa dari dorang. Mudah mudahan adalah kan :')
InshaAllah adaaaa.
 AKU TIDAK PERLUKAN PUJIAN, TETAPI AKU PERLUKAN DOA DOAMU WAHAI SAHABATKU.

Doakan aku tauuu :')
Bitaufiq wannajah untuk PMR candidates batch 98.
8A dalam tangan.inshaAllah. Allahummaaminn.

INGAT PADA-NYA. INSHA-ALLAH, DIA SENTIASA INGAT KITA. BERTAQWA PADA-NYA SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN HIDUP DAN KEREDHAAN-NYA.

Assalamualaikum........

2013 :D

Saturday 8 December 2012 | 20:46 | 0 ♥
BISSMILLAHHIRRAHMANIRAHIM :')

Apa khabar semua? Sihat? Pejam celik pejam celik dah nak sekolah kan? Allahu, cepat sungguhmasa berlalu. Keajaiban yang MahaEsa :')
Dalam masa cuti ni banyak sungguh dugaan ana. Berita gembira, sedih, sakit hati.Tapi kena kuat sebab ni semua ujian daripadaNya. Dia nak uji semua hambaNya. Tahun depan ramai dah takda. Yang pindah semua ada. Rasa macam sedih sangat. Kak MINMIN takda :'( Ujian semua ni. Rasa sebakkkk!!!! hmmm. *merapu pula aku. hehehe. Akhi,ukhti semua macam mana sepanjang cuti ni? Okay? Ada Perubahan dalam diri? Kalau ada bersyukur pada yang esa. Alhamdulillah. Mesti bila tahun baru semua tanam niat kan? hihihi. Niat tu mestilah kerana Allah dan juga kita kena buat. Jangan hanya niat seketika dan buat buat pun seketika. Mesti istiqamah. Jangan ''Hangat-hangat tahi ayam''. Dan niat kita tu biarlah hanya kita dgn Dia jaa tahu. Jangan bgtau semua orang okay? hehehe. Siapa yang tahun depan nak ambil PMR? sini sep sikit. hehe. Takutnyaaaaaaaa :'(
Macam takready pun ada.Dah laa susah :'(
Susah belajar, betul tak? haha. Apalah aku ni. Ingat kita semua ni harapan ibu,bapa. Jangan hampakan dorang. Dorang cuma nak kita Berjaya. Dorang marah kita sebab sayang. Janganlah marah dorang. Usaha tanggan kejayaan. Tiada usaha maka tiadalah kejaayaan. 

BERITA BAIKKKK!!!!!!!
Kawan ana ramai dh kejalan Nya. Allahuakbar!!! Betapa seronoknya ana bila dorang bgtahu mcm tu. Nak jatuh air mata semua ada. Tapi paling utama nak peluk diorang. Allah beri petunjuk dkat dorang. Ada juga seorang hamba Allah ni kitorang tak kenal. Tapi dia selalu luahkan perasan dkat ana. Itulah ukhuwah.Kenapa diorang boleh tapi kita tak boleh? Ini semua atas niat. Jangan ingat dunia ni kekal tauu :')
Dunia ni tempat persinggahan kita. Tidak kekal. Tempat rehat kita di sana nanti :')
Takpalah. Takank cakap banyak banyak. kang korang cakap aku membebel. hahahaha.

Okay, Jaga diri, jaga Iman jaga solat, jaga hati. Jaga semuanya okay? Ingat, perbetulkan niat kita. Yang kirang baik kepada yang baik. Cuba buat ibu bapa kita bangga dengan kita. Insya-Allah :')

Assalamualaikum semua. Uhibbukum Fillah. 

Perginya kak Fyka dan hadirnya insan Tersayang :')

Wednesday 7 November 2012 | 07:09 | 0 ♥
Assalamualaikum semua. Sedih rasanya bila dapat tahu Wan NorFika Sabrina nak pindah. Kenapa perlu dia tinggalkan ana? Allahu, hanya Allah je tahu betapa sedihnya ana. Ana sayang dia. Dah anggap dia macam kakak sendiri. Dia selalu nasihat bagi semangat dekat ana dulu. Time ana nak berhijrah, dialah orang pertama yang tahu dan dialah orang pertama yang faham. Dia buat mata ana terbuka. Dan sekarang Allah uji ana dengan kehilangan dia. Allahu Rabbi :')

Ana redha yaAllah jika semua ini telah diatur olehMu :')

Jagalah dia, sihatkanlah dia, panjangkanlah umurnya dan ingatkanlah dia padaku yaAllah. Dan Allah bagi kak Sabirah pada aku. Dia baik, dia layan aku macam adik dia. Aku sayang this both girl. Nothing can replace them in my heart. Allahu. Terima kasih yaAllah. Untuk kak Fyka, jaga diri dekat sana okay? Jangan nakal nakal tau? Jaga iman, jaga hati, jaga tingkah laku di sana. Adik sentiasa rindu kak Fyka :')

Dan time cuti ni aku selalu spent time dengan kembar aku. Yang tinggi nak mati tu. Nak tahu siapa? Cer teke Cer teke. Hehehehe. Nama dia ANIS ZAHIRAH. Dia ni faham aku. Apa apa ja kami dua. Family aku suka dia. Sebab dia sopan semua. Kenal dia tahun lepas. Dia ni lembut tapi kalau dia buat tu jangan, kalau dia buat tu tanya aaa..sakit!!!

So, untuk kaum adam dekat sana. Jangan sakiti dia please? Jaga dia :') Takat ni jee entries kali ini. See you next time akhi ukhti semua dan Bitaufiq wannajah kak Fyka. Jaga diri bebaik okay? Kami dekat sini sentiasa ingat kak Fyka. Assalamualaikum~ 

Azam Baru :')

Monday 5 November 2012 | 09:00 | 0 ♥
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? Hehe. Dah makan? Kalau sihat, dah makan semua alhamdulillah Allah SWT bagi nikmat lagi kepada kita semua. Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2012? Allahurabbi cepatnya masa berjalan. Adakah amalan kita semua cukup? Jawapannya ada pada diri awak semualah. Kita semua pernah melakukan kesilapan tak kiralah sama ada besar atau pun kecil. Tapi pernah tak kita terfikir untuk kembali ke jalan Allah :') iaitu jalan yang benar. Jawapannya ada pada diri awak semua. Korang tahu kan yang Allah SWT itu Maha Pengampun? Tak kiralah sebesar mana dosa kita terhadapnya. Janji niat kita ikhlas nak kembali dan bertaubat ke jalanNya. InsyaAllah diampun jika kita bersungguh sungguh. Hehe. Bukan nya berTAUBUAT okay? Nyenyenyenye~~

Setiap tahun mesti kita berazam kan? Nak jadi lebih baik lah, semua kan? Tercapai ke hajat kita semua? Ada yang tak tercapai azamnya, dan mungkin ada yang tercapai azamnya. Yang tidak tercapai azamnya mungkin sebabnya tidak bersungguh sungguh dengan azamnya itu :'D yang tercapai tu sebabnya mereka bersungguh sungguh. Jadi kita mestilah ikut contoh mereka yang sentiasa berusaha tu okay akhi ukhti semua? Jangan hangat hangat tahi ayam okay? Hehe. Kita perlu membuat persiapan awal. Jangan hanya berharap kejayaan datang bergolek golek. Allah tak akan kurniakan kejayaan kepada orang yang tidak berusaha. Orang yang bersabar dengan dugaan akan mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya :') 

Taknak ke hidayah? Mesti semua nak kan? So, usaha penting ya? Ana doakan akhi ukhti semua berjaya dengan azam untuk tahun hadapan iaitu tahun 2013. Insyallah. Begitu juga akhi ukhti semua ya, doakan ana okay? nyenyenyenye~~~~

Sampai sini jee kot. Nanti sambung balik. Hehe. Bitaufiq Wannajah ya semua. Assalamualaikum :) 


« Older posts


Copyright ©. Code by OhMissLinda. All images from TFN
Please view with Google Chrome in a screen resolution of 1280 x 800.
L O V E