Sunday, 27 January 2013 | 07:03 |
0 ♥
ASSALAMUALAIKUM wbt.
Sesungguhnya tiada yang memberi, melainkan Allah
dan tiada pula rasa bersyukur melainkan kepada Allah. Sempena awal tahun baru
ini, sma sama kita sedari betapa banyaknya rezeki yang telah Allah limpahkan
kepada kita selama ini. Masihkah kita tidak sedar?!
Mudah-mudahan setiap nikmat yang kita syukuri,
ditambah lagi dan sentiasa diberkati.
Sebagai hamba Allah, kita wajib mensyukuri
segala nikmat yang diberikan. Sama ada nikmat yang Alllah kurniakan berbentuk
ringgit mahupun harta kekayaan,rumah,kenderaan dan bermacam macam lagi. Kesemua
merupakan nikmat Allah SWT yang tiada ternilai nikmatnya. Justeru, bersyukurlah
kepada Allah daripada sekecil kecil nikmat. Sehinggalah sebesar besar nikmat.
Di dalam Al-Quran, Allah SWT memerintahkan hamba
hambaNya agar bersyukur kepadaNya. Perkara ini dapati dilihat menerusi firman
Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 152 yang bermaksud:
OLEH ITU, INGATLAH KAMU KEPADA-KU, NESCAYA AKU
INGAT KEPADAmu. DAN BERSYUKURLAH KAMU KEPADA-KU DAN JANGANLAH KAMU KUFUR (AKAN
NIKMAT-KU)
Menurut Imam Ibnu Jarir al-Tabarani di dalam
kitabnya berjudul Jami' al-Bayan fi Tawil al-Quran berkenaan ayat ini, Allah
SWT memerintahkan orang orang yang beriman bersyukur kepada-Nya. Terutamanya,
di atas nikmat Islam yang telah dianugerahkan kepada mereka. Begitu jugalah dgn
nikmat HIDAYAH DAN AGAMA sebagaimana Allah
SWT kurniakan kepada para nabi dan kekasih-Nya
Kelebihan Bersyukur
Dengan bersyukur, Allah SWT
berjanji akan menambah dan menyempurnakan segala nikmat yang pernah diberikan
selama ini. Bukan itu sahaja, bahkan Allah akan member hidayah dan keredhaan
kepada mereka. Demikianlah hebatnya sifat bersyukur, nikmat di dunia Allah
kurniakan keredhan di akhirat Allah sediakan, hidup di dunia pasti menyenangkan,
hidup di akhirat pasti membahagiakan. Insha Allah :’)
Mudah mudahan…………
Sumber- BUKU..........