Your cbox here. Width: 260px. Height 120px. :)
6 Efisyen 2010.
Monday, 17 June 2013 | 08:27 |
0 ♥
Assaalamualaikum buat para tatapan. Jom baca seloka 6Efisyen. Hehe. Ni Yana buat, time darjah 6 dulu. Sedihnyaaaaaaaaa. Jom :')
Bismillahhirrahmanirahim.
Assalammuaikum kami mulakan,
Buat tatapan para pembaca,
Ingin sekali kami katakan,
Buat warga SK TAMAN RIA
Jom ke blok Wawasan kita pi serang,
Kelas 6Efisyen pelajarnya periang,
Pn Barishah guru kelas kita orang,
Comel orangnya,senang dipandang
Faisal Alimi nama diberi,
Tugasnya 'monitor' di kelas kami,
Orang bising,dia tak peduli,
Mana taknya,dia join sekaki
'Assistant kami,Noor Syazwani,
Keropok mony,gelaran diberi,
Buat garang tapi tak menjadi,
Nak tiru gaya guru displin kami
Aimi Annisa,tugasnya 'bendahari'
Kutip duit setiap hari,
'Bila hampa nak bayar ni?',
kalau melenting,semua buat tak reti,
Pelawak kami tentulah ada,
selalu buat kami ketawa,
Mohd Syukri empunya nama,
Jika tiada sunyilah 'istana,
Najia Idrina nama diberi,
Murid alim kelas kami,
Bersopan santun berbudi pekerti,
Membuat latihan rajin sekali
Ilyana dan Syahirah selalu bersama,
Setiap masa bersembang kerja depa,
Pantang sekejap cikgu tiada,
Kalau bercerita,tak ingat dunia
Mohd Aiman empunya nama,
Bila dipuji kembangnya pasti,
Kalau anda tidak percaya,
Operatelah dada,x-raylah hati
Hitam manis itulah dia,
Bila ditanya diam sahaja,
Afiq Azizi empunya nama,
Bila gagal,dialah gabra
Amirah Balqis empunya 'story'
Kalau menjerit nyaring sekali,
Berkawan baik dengan Farahani,
Kalau tak ada dia,tak sah hidup kami
Cakap sediri tak ingat dunia,
Kekadang buat cikgu sakit hati,
Kalau pelajaran janganlah dok tanya,
Dialah Fitrah nama diberi
Hamizan jejaka perasan,
Tengok kasut terasa nak pengsan,
Silap-silap hari bulan,
Dia yang jatuh pengsan
Amirul dan Shafiq kuat bersembang,
Bersembang dengan Nadzim dan Fikri,
Firdaus (K.A) juga join di belakang,
Ketawa sampai lupa diri
Nak kata hensem taklah juga,
Amirul Amer itulah gerangannya,
Firdaus (R) dan Abu itulah kawan baiknya,
Kesian kat Mathen tak dilayan mereka
Faizul Iman nama dalam 'IC',
Ipin pula gelaran diberi,
Berangan pula tak henti-henti,
Kesian asyik kena buli
Sentiasa ceria happy orangnya,
Dalam kelas gelak sentiasa,
Kalau nak tahu siapakah dia,
Itulah Idzni namanya
Orangnya kecil si cili padi,
Itulah Syasya nama diberi,
Suaranya 'high' riuh sekali,
Tapi sayang tak cukup inci
Mohd Faris empunya 'story'
Berkawan baik dengan Syukri,
Bila senyum asyik dok tayang gigi,
Nak belajar ka,nak buat bisnes jual ubat gigi
Cukup sudah coretan hari ini,
Kalau nak tulis banyak lagi,
Setakat ini yang saya boleh isi,
Salah silap harap dimaafi
Rasanya cukup selesailah juga,
Jari disusun tirai ditutup,
Nak minta maaf pun kena berjaga-jaga,
Tersilap cakap aku tak sanggup
Ampun dan maaf saya pohonkan,
Kot terkena buat-buat tak perasan,
Bukan apa-apa,sekadar hiburan,
Bila lagi nak kenakan kawan.