Purple Licious
Your cbox here. Width: 260px. Height 120px. :)

Azam Baru :')

Monday 5 November 2012 | 09:00 | 0 ♥
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? Hehe. Dah makan? Kalau sihat, dah makan semua alhamdulillah Allah SWT bagi nikmat lagi kepada kita semua. Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2012? Allahurabbi cepatnya masa berjalan. Adakah amalan kita semua cukup? Jawapannya ada pada diri awak semualah. Kita semua pernah melakukan kesilapan tak kiralah sama ada besar atau pun kecil. Tapi pernah tak kita terfikir untuk kembali ke jalan Allah :') iaitu jalan yang benar. Jawapannya ada pada diri awak semua. Korang tahu kan yang Allah SWT itu Maha Pengampun? Tak kiralah sebesar mana dosa kita terhadapnya. Janji niat kita ikhlas nak kembali dan bertaubat ke jalanNya. InsyaAllah diampun jika kita bersungguh sungguh. Hehe. Bukan nya berTAUBUAT okay? Nyenyenyenye~~

Setiap tahun mesti kita berazam kan? Nak jadi lebih baik lah, semua kan? Tercapai ke hajat kita semua? Ada yang tak tercapai azamnya, dan mungkin ada yang tercapai azamnya. Yang tidak tercapai azamnya mungkin sebabnya tidak bersungguh sungguh dengan azamnya itu :'D yang tercapai tu sebabnya mereka bersungguh sungguh. Jadi kita mestilah ikut contoh mereka yang sentiasa berusaha tu okay akhi ukhti semua? Jangan hangat hangat tahi ayam okay? Hehe. Kita perlu membuat persiapan awal. Jangan hanya berharap kejayaan datang bergolek golek. Allah tak akan kurniakan kejayaan kepada orang yang tidak berusaha. Orang yang bersabar dengan dugaan akan mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya :') 

Taknak ke hidayah? Mesti semua nak kan? So, usaha penting ya? Ana doakan akhi ukhti semua berjaya dengan azam untuk tahun hadapan iaitu tahun 2013. Insyallah. Begitu juga akhi ukhti semua ya, doakan ana okay? nyenyenyenye~~~~

Sampai sini jee kot. Nanti sambung balik. Hehe. Bitaufiq Wannajah ya semua. Assalamualaikum :) 


« Older posts | Newer posts»


Copyright ©. Code by OhMissLinda. All images from TFN
Please view with Google Chrome in a screen resolution of 1280 x 800.
L O V E